" SAYA CUMA KERJA DI KEDAI PHOTOSTAT " itu ayat dia semasa baca Emel dari dia, Saya cuma ada sebiji Motor itupun pemberian Abah katanya.." belajar pun tak habis, tapi sekarang dah sambung di OUM ..gaji saya banyak ni je...berputar macam gasing saya di buatnya membaca list-list kelemahan yang dibuatnya.
Sangat pelik pada saya, banyak saya jumpa orang lelaki tapi jarang dia mengaku akan kelemahan dan kekurangan dia, memang agak berani mati dia punya emel. List emel dari dia saya perhatikan berulang kali..last ayat dari dia.."KALAU SETUJU KITA TERUSKAN DAN MASUK STEP MINTA PERSETUJUAN KELUARGA ,TAK SETUJU STOP SAMPAI SINI. Tegas sangat bunyinya. Tapi akhirnya saya nekad terima dia sebagai suami saya tolak habis kelemahan tu semua dan saya doa semoga lepas kahwin benda ni akan jadi kekuatan buat saya. Memang keputusan saya menerima dia agak mengejutkan dia " BETUL KE AWAK NAK DENGAN TUKANG PHOTOSTAT NI " saya balas sepatah je YE.
Semasa saya mula-mula kenal dia, perasaan saya membatu, keliru tetapi hati saya kuat untuk menerima dia sebagai suami. Ramai juga yang perleceh keputusan saya, ramai juga yang mempersoalkan tak de kereta ni macam susah je lepas kahwin, emm ko la faizah yang kena cakap dengan dia suruh cari kereta, semua kata-kata tu saya telan macam tu je, saya telan macam makan roti gardenia tengah lapar.
Usia saya pada usia perkenalan dengan dia sudah menginjak ke 31 tahun, memang seksa tempoh berkenalan dengan dia nak bincang pasal kahwin pun pakai msg dan emel je, telefon jauh sekali. Saya pada waktu itu baru selesai saja Diploma Pentadbiran Kehakiman Islam ( DAIJ ) di UIAM. Perancangan saya untuk Chambering saya batalkan memandangkan hanya tinggal 2 bulan sahaja lagi saya akn menamatkan zaman bujang.
Pada hari pernikahan saya berjurai airmata takutnya saya untuk hidup dengan orang yang saya tak pernah kenal secara detail..STRESS juga..
Tapi itu hanyalah permainan Syaitan untuk mengagalkan pernikahan saya dan suami saya. Selepas selesai pernikahan perasaan saya lega seleganya.
Dari situ saya belajar erti syukur tak terhingga,selepas 3 hari nikah ada sesuatu terjadi pada kami, kalau di kenang semula menangis saya ..kenapa kerana disitulah bermulanya pelajaran pertama saya dengan keyword SABAR dan saya kira TAMRIN saya dengan dia. Apa yang berlaku memang sangat menguji saya dan saya bersyukur saya dapat hadapi dengan baik.
Ceritanya selepas 3 hari kami nikah, saya bercadang nak ajak suami saya ke Pekan Sabak, saya nak keluarkan duit masa dan pergi ziarah abang saya, dalam perjalanan kami ke pekan sabak moto yang kami naiki putus rantai, cuak muka suami saya, serba salah pucat lesi semua ada tapi tetap tenang, nak tau saya kena tolak motor dengan suami saya sejauh 3km dengan inai penuh di jari.
Penuh tangan suami saya dengan minyak rantai ,mujur ada towel good morning boleh juga di lap. Tahan -tahan kenderaan semua tak berhenti, nak patah balik jauh, nak terus pun jauh. kami berada di tengah-tengah antara Simpang 4 dengan Pekan Sabak, nak telefon abang serba salah, nak telefon abah takut dia kelam kabut, sudahnya saya nekad,saya cakap dekat suami" dalam 3km kat depan ada bengkel motor, kita tolak nak moto ni saya kata, suami saya jawab " takpa tp awak takpe ke dah la inai kat tangan tu merah lagi katanya hihihi, tolak jela saya kata ,fuh memang letih mujur la saya pakai sandal biasa kalau kasut bertumit memang pengsan di buatnya.
Basah baju suami saya tolak motor, saya pula cuba tahan kenderaan, kesian sangat dah saya tengok suami saya, nak jadi cerita kami selamat sampai ke bengkel, terketar -ketar tangan suami saya,rupanya memang hari ujian buat saya dan suami, nyonya tua tu cakap " aiyaaa sulah tutup maaaa " terdiam saya, tapi masih belagak tenang, haus tak terkata, muka saya basah berpeluh, mujur saya jenis tak bergincu tak bermekap bagai jadi nampak saya masih nampak comel walaupun berpeluh.
Nyonya tua datang dekat saya " apa losak ?" rantai putus saya jawab, aiya lu dali mana..?tanyanya lagi..tu dari jln Hj Ishak..aiyak !! manyak jauh maa, kesian looo..nanti saya panggil saya punya budak kasi tolong, " auntie bengkel paling dekat mana? saya tanya.Nyonya tu jawab " Sabak la " hah! takpela 10km lagi pengsan la jawabnya. Aduh macam mana ni ..jauh ke suami saya tanya, jauh saya jawab pengsan bangun balik pengsan semula klu nak jalan sambil tolak moto saya kata hihihi..sian suami saya serba salah betul muka dia. Tak pala awak rehatla saya kata, saya duduk atas kerusi yang nyonya bagi sementara suami saya duduk dekat tepi dekat bawah pokok.
Suami saya memang nampak letih terduduk dia dekat bawah pokok , tak lama datang sorang uncle India, dia bagi kami sebotol air, cepat saya ambil air tu sambail cakap tq uncle,saya bagi pada suami saya, nah, awak minum dulu, kami berkongsi minum ..Allah leganya.
Saya duduk di sebelah dia fikir jalan penyelesaian sambil istighfar, suami saya pula cuba tgk motor, huh mcmmana ni saya tak tau baiki motor, klu bagi mesin photostat saya taula.tergelak saya. Takpe-takpe insyaallah ada jalan saya ckp, betul tak lama lepas tu datang uncle india tu dia tanya " adik mau pegi mana? adik baru kawin ke ? bertubi-tubi soalan dari uncle tu,saya jawab saya nak pegi pekan sabak mau beli barang, betulla baru kawin la uncle baru tiga hari..tergelak uncle india tu.
Last sekali dia tawarkan nk tarik moto, dia ckp takpe adik pakai moto saya, adik naik dengan abang..saya naik moto adik ..nnti sekejap saya cari tali. Masa ikat tali kat moto tak habis -habis suami saya ckp 'sy mintak maaf ye " aduhh sebak plak
Allah memang Allah hantar uncle ni nak tlg kami, nyonya plak datang bawak minyak dan kertas, kasi cuci itu tangan, saya cuci tangan ,masa cuci tangan suami saya cakap lagi sekali ,maaf ye saya tak tau nak buat apa, kesian awak baru kawin dah jumpa benda mcm ni, patutnya saya bawak awak pegi honeymoon ni kena tolak motor pulak, serius klu suami saya tak ckp benda tu saya tak sebak, bila dia cakap mcm tu,jadi sebak betul saya di buatnya, bukan sebak sebab dia tak bawak honeymoon tapi sebak sebab saya nampak muka dia yang sangat jujur, dan sangat blur masa tu, ala ni honeymoon la ni saya ketawa .
Masa tu memang saya terasa sangat Allah maqbulkan doa saya, Allah pilih dia untuk saya, dan tak sia-sia saya menunggu begitu lama akhirnya bertemu jodoh dengan dia. Hari ketiga selepas saya nikah saya kenal peribadi dia, memang dia sangat sabar, sangat tenang dan sangat lurus orangnya,(patutlah mak saya sound saya ,jgn nak membuli safwan ye..huwhuwhuwa ) aduh mak saya pun satu tak percaya kat saya, saya mmg kuat membuli tapi bukan la suami saya hihihi
Hari tu 29/05/2014 kekal segar dalam ingatan saya, saya akan ceritakan pada anak saya nanti pengalaman yang paling ceria dalam hidup saya. Memang saya rasa nak nangis sebab saya berjaya mengharungi ujian tersebut dan hari tu saya kenal diri saya ooooo sabar jugak saya ni ye.
Tak kisahla tolak moto pun tolak moto la. Dan masa tu saya tahu Allah bagi saya sekeping hati yang kebal. dah nak dekat dua tahun saya kahwin dengan suami saya, dan dia tetap begitu dengan sikap rendah diri dia. Semoga Allah sentiasa jaga suami saya. " Bagaimana baiknya dia terhadap saya, biarlah Allah dan saya sahaja yang tahu "
assalamualaikum..
BalasPadamsangat bagus. Teruskan menulis.
wslm masyaallah..subhanallah..terimakasih atas sokongan..semoga dimurahkan rezeki..dan di beri kelapangan segala urusan :-)
PadamAssalamu'alaikum Kak Pae, mabruk.Semoga bermanfaat buat dakwah dan ummah.
BalasPadam