Khamis, 9 Oktober 2014

Lelaki sifatnya memburu wanita sifatnya mengoda


" abang tak setuju dan abang memang syadid bab aurat ni ,ada sesiapa yang tak setuju dengan abang,klu tak setuju tak pe tapi demi nak jaga ANAK ISTERI ABANG ,ADIK-ADIK PEREMPUAN ABANG MAK ABANG DARI API NERAKA abang bertegas dalam soal ni " pedas betul kata-kata abang sulungku.

Di depan hidangan lemang dan rendang aku sempat lagi menjeling kakak ipar ku meminta simpati..dalam hati alamak dah kena basuh pulak petang ni..aku tengok k.long diam sambil menyuap nasi dangang, mak diam aku je muke tak puas hati.aku cube menyatakan pada abang , baju yang adik pakai tu tak la terlalu terang kalau di pakai dengan inner coklat gelap, dan berkain dalam, tp nampaknya petang tu betul-betul fullstop ,abang memang tak setuju.

Kemudian abang menyambung " ni dengar ni abang nak cakap,walau apa pun baju kurung tu tetap nipis dan kalau lalu di bawah bayangan matahari memang namapak bentuk tubuh badan,dan abang pelik kenapa k.lang termasuk dengan k.long nak jugak pakai baju tu,dah berkali-kali abang cakap tapi tak faham-faham jugak,ko budak fiqh tak kan tak tau " adoi berdesing telinga aku.


Dan lagi aku menjawab ye k.lang tau, ada jugak syaitan ego dalam hati, aku namapak isyarat mata k.long suruh aku senyap,abang kemudiannya menyambung " ni abang nak cerita ye dengan korang..dengar ni lelalki ni sifat dia memburu perempuan ni sifatnya mengggoda,tak kira la siapa dia ustaz ke,alim ulamak ke,cikgu ke walau sape pun dia dia tetap lelaki yang sifatnya memburu.

Kat sekolah abang tu cikgu-cikgu perempuan kebanyakan nya suke pakai baju nipis-nipis ni lepas tu dalamnya pakai inner yang membentuk tubuh badan,sempurna ke tubuh aurat macam tu,nampak semua bentuk badan,ni abang nya dah kawin pun kadang-kadang lemah iman,jadi bagaimana dengan lelaki yang kat luar tu yang belum kawin cube fikir, itu belum lagi dengan bau minyak wangi yang di pakai, bau macam tumpah sebotol.

Benda-benda tu semuanya menarik mata lelaki ni untuk melihat kepada perempuan yang bukan ajnabi, orang lelaki ni bile nampak je orang perempuan seksi yang pakai baju nipis-nipis bila dia pandang dia akan mula pandang, mula-mula dia cakap eh seksinya perempuan tu atau eh nipis nye baju perempuan tu,lepas tu lelaki akan fikir apa disebalik baju tu,apa yang dia pakai oooo inner , ha! itu la lelaki jadi abang tak nak isteri abang anak-anak abang adik-adik kena macam tu, jangan ajar adik pakai baju yang macam tu,ajar la dia pakai jubah ke pakai tudung labuh ke kan elok kan selamat.

Syaitan ni memamng sentiasa nak cucuk manusia,mula-mula dia akan cakap ala tak pe baju tu boleh pakai inner tak nampak la bentuk tubuh badan,lepas tu syaitan tu pun hasut lagi pakai la bawak jalan-jalan suami tak marah punya,lama-lama ha dapat la dia tarik kita,yang si isteri pulak akan pujuk si suami ikut la cakap isteri tu ,isteri pulak terus menerus pujik suami,em lama-lama tertarik la si suami dalam api neraka sebab membenarkan si isteri dan anak-anak berpakaian macam tu.." panas betul abang petang tu bila berbicara isu aurat dan aku terus terkulat antara MUHASABAH DAN EGO  yang menguasai diri.

Kemudian abang terus menyambung kalau tak percaya cuba tengok Kisah Nabi Adam Alaihisalam dan isternya Hawa,tgk mcm mana hawa isteri nabi adam pujuk nabi adam ..abang makan la sikit bang buah khuldi ni,ala sikit je..ha lama-lama terkeluar nabi adam dari syurga, itu nabi ni kita yang imannya bertambah dan berkurang...sudah-sudah la pakai baju macam tu bayak lagi baju yang lebih elok di pakai,tu semua hasutan syaitan nak sesat kan manusia,nak suruh orang perempuan ni bertabarruj lebih-lebih ' aku tersenyap seakan terpukul di situ dan aku dapat mengurangkan rasa ego dengan menambah rasa muhasabah dan ingin berubah.

Mungkin cara abang petang tu agak keras dan sangat syadid..untuk jiwa aku yang agak sentimental ni memang akan terasa sangat dengan kata abang..dalam masa yang sama aku rasa ersyukur abang aku dah mengingatkan aku tentang pentingnye untuk menjaga aurat..lebih buat aku rasa bersalah status aku selaku pemegang diploma syariah dan sarjana muda fiqh dan fatwa.

Hampir-hampir jugak airmata duyung turun rasa sedih mengenang lemahnya diri..dan dalam masa yang sama bersyukur sebab di kurniakan seorang abang yang mengambil berat kebajikan adik-adiknya.

KREDIT BUAT ABANG SULUNG KU..TARBIYAH RAMADHAN JAUH MERESAP DALAM HATINYA..KTEDIT BUAT ABAH DAN EMAK KERANA BERTEGAS DENGAN KEPUTUSAN MENYEKOLAH KAN ABANG KE SEKOLAH AGAMA..KREDIT BUAT MANTAN-MANTAN NAQIB ABANGKU..KERANA KEBERHASILAN TARBIYAH

KREDIT BUAT AKU JUGA SBB MAMPU MENGATASAI RASA EGO DAN BERLAPANG DADA MENERIMA TEGURAN ABANG..MUNGKIN SELAMANYA AKU AKAN INGAT SESI CERAMAH FREE DARI ABANG...YANG TERAKHIR UNTUNG KAKAK IPARKU DAPAT SEORANG SUAMI YANG TAAT KEPADA ALLAH DAN MELAKSANAKAN TGGUJWAB SEORANG YANG MUSLEH DAN MUKMIN....


Doaku semoga Allah menetapkan hati ku ..jadikan la aku hamba yang menrut perintah mu serta menjauhi larangan mu...semoga Allah memilih kami  sekeluarga untuk melahirakan generasi  Sultan Muhammad Al-Fateh ..amin...



IzzahZain SafwanHussin
CATATAN LAMA AKU
4 Tahun aku Simpan
12 September 2010
5.43ptg

Tiada ulasan:

Catat Ulasan