Selasa, 7 Oktober 2014

Kisahnya Fatihah takde Kuning



Memang takut bila sebut penyakit kuning..sah je aku pregnant dalam kepala aku dah set dah Insyaallah ZEROOO kuning. Suami aku pun mula cari bahan rujukan gugel sana sini, like page dekat FB sampai la dia jumpa Fb Ustaz Wan Asrul..Kisah Ustaz Wan Asrul aku dan suami jadikan semangat, anak dia tak de kuning, sihat selepas lahir. Ibu dan Ayah mana tak gembira si baby takde penyakit kuning, aku yang blur - blur ni pun jadi rajin selak sana sini page dekat FB, tanya orang, gugel sana-sini. Akhirnya pencarian aku dan suami berhasil, kami kumpul semua maklumat dari FB Ustaz Wan Asrul,dari laman -laman web catatan ibu mengandung, buka buku dan tanya kawan, complete ke pencarian kami tak jugak..banyak sangat lompong tapi kami buat step by step..

Ok aku susun perancangan..
PERTAMA: aku sendiri SET dalam kepala INSYAALLAH baby takda KUNING..NO Kuning ZERO Kuning. benda ni aku cakap setiap hari dalam kepala, dalam pada mabuk-mabuk, pening tak lalu nak makan aku terus menerus niat dan set last sekali aku SAVE dalam kepala.SET sudah SAVE pun sudah, jadi nak jadikan benda satu realiti bukan angan -angan kosong aku panjatkan doa, setiap sujud aku doa aku panjang, aku minta dekat Allah minta agar niat aku dan suami ni diberkati. Suami pula sebelum pergi kerja dia akan pesan pada aku "jangan lupa solat awal waktu, mengaji jangan lupa..

KEDUA; 
Dalam tempoh Trimester pertama agak teruk alahan aku, nak tak nak suka tak suka aku kena tambah tenaga badan yang hilang dek muntah dengan makan supplement,aku pilih SHAKLEE sebab memang Supplement lain aku tak boleh nak telan, Bcomplex plus Acid Folix yang serius bau dia masa tu boleh buatkan aku berpinar aku telan jugak, nk hilangkan bau busuk tu aku masukkan dalam peti ais..lega boleh telan. Susu memang sadis masa Trimester pertama tak boleh nak telan sangat yang boleh susu kambing..layankan jela sebab aim aku tak nak anak sakit.Mujur Vitamin C boleh telan Alhamdulillah..masuk Trimester kedua aku start makan habbatussawda' minyak zaitun and jus delima,berterusan aku makan walaupun ada on off..yang penting anak sihat Rasa sangat berterima kasih sangat pada suami, dia la yang cek stok supplement dan makanan sunnah yang lain, kalau aku malas aku tak ingat dia la yang yang ingatkan.Alhamdulillah aku yang masa tu mengajar, boleh mengajar anak-anak dengan baik,boleh turun naik tangga lima tingkat dan turun naik bas pergi balik dari mengajar.....Ada lagi sebenarnya amalan-amalan, ikhtiar dan usaha aku dan suami ..tak terlarat nak menulisnya..nnti aku sambung lagi kisah ni pada entri akan datang..insyaallah tunggu...tunggu sampai final cerita ni..ada cabaran -cabaran lain sepanjang usaha untuk elak fatihah dari kuning..aku nk share benda ni...mudah-mudahan jadi pahala 

                                      Izzahsafwan ZainHussin
                                      " kemulian dan keizzahan "




Sabtu, 4 Oktober 2014

You are SOOO much stronger !!!!


Sebulan yang mencabar diri minda dan kreativiti aku..sebulan yang penuh dengan belajar dan takkan pernah berhenti untuk belajar. tapi ni la hidup tak pernah berhenti belajar.  

Keputusan untuk buat SHAKLEE sekaligus menjebakkan aku ke dalam dunia blog, yang memang sumpah aku tak pernah sentuh benda ni, ni bukanla minat aku, minat aku pada fail-fail mahkamah baca pertuduhan,buat catatan penghakiman, bermain dengan fail -fail kes-kes mal,dan kes jenayah syariah aku minat la, tapi siapala aku nak tentukan hidup. Aku sekadar merancang Allah adalah sebaik-baik perancang. Nama aku tercatat di luh mahfuz untuk berada disini.  


Harini memang aku paksa diri aku untuk explore blog yang suami dah usahakan..memang susah memang blur memang rasa ish..ish ..ish..tapi suami kat tepi ada duk perati je. Buat pelan-pelan sesekali aku menjeling white board sebelah meja komputer "MINDA KEJAYAAN " suami yang tulis dan aku tukang baca dan tukang sedut semua semangat dia. 
Aku manalah terdedah dengan dunia blogging ni, masa belajar aku dulu bukan tak nak ambil tahu, bukan tak nak tahu, tapi di sebabkan takde broadband, laptop pun dapat last semester itupun abah suruh kongsi dengan adik beli, atas alasan-alasan dungu nila yang menjadikan aku agak dungu dengan dunia blog ni.
Nila hasil blog aku yang tak seberapa, cikgu kat sebelah tersengih-sengih perhatikan aku, cuba lagi, cuba sampai dapat, kali ni aku memang tak boleh nak ponteng kelas sebab cikgu kali ni adalah suami aku sendiri, agak tegas dia dan dia akan pastikan aku terus dengan kesalahan sehingga aku jumpa kejayaan.


Dan hari ni atas semangat juang yang ada, aku tengok muka suami aku tengok muka anak aku teruskan jugak buat blog yang rata-rata mungkin orang ketawa,dan orang akan cakap baru belajar ni, tapi tak kisahlah kan apa pun belajar tetap belajar, minda kena positif, hati mau kuat, JALAN TERUS KEDEPAN jangan TOLEH KEBELAKANG ..apa sekalipun aku baru belajar..dan terimakasih pada suami yang tak putus beri semangat pada aku.