Memang takut bila sebut penyakit kuning..sah je aku pregnant dalam kepala aku dah set dah Insyaallah ZEROOO kuning. Suami aku pun mula cari bahan rujukan gugel sana sini, like page dekat FB sampai la dia jumpa Fb Ustaz Wan Asrul..Kisah Ustaz Wan Asrul aku dan suami jadikan semangat, anak dia tak de kuning, sihat selepas lahir. Ibu dan Ayah mana tak gembira si baby takde penyakit kuning, aku yang blur - blur ni pun jadi rajin selak sana sini page dekat FB, tanya orang, gugel sana-sini. Akhirnya pencarian aku dan suami berhasil, kami kumpul semua maklumat dari FB Ustaz Wan Asrul,dari laman -laman web catatan ibu mengandung, buka buku dan tanya kawan, complete ke pencarian kami tak jugak..banyak sangat lompong tapi kami buat step by step..
Ok aku susun perancangan..
PERTAMA: aku sendiri SET dalam kepala INSYAALLAH baby takda KUNING..NO Kuning ZERO Kuning. benda ni aku cakap setiap hari dalam kepala, dalam pada mabuk-mabuk, pening tak lalu nak makan aku terus menerus niat dan set last sekali aku SAVE dalam kepala.SET sudah SAVE pun sudah, jadi nak jadikan benda satu realiti bukan angan -angan kosong aku panjatkan doa, setiap sujud aku doa aku panjang, aku minta dekat Allah minta agar niat aku dan suami ni diberkati. Suami pula sebelum pergi kerja dia akan pesan pada aku "jangan lupa solat awal waktu, mengaji jangan lupa..
KEDUA;
Dalam tempoh Trimester pertama agak teruk alahan aku, nak tak nak suka tak suka aku kena tambah tenaga badan yang hilang dek muntah dengan makan supplement,aku pilih SHAKLEE sebab memang Supplement lain aku tak boleh nak telan, Bcomplex plus Acid Folix yang serius bau dia masa tu boleh buatkan aku berpinar aku telan jugak, nk hilangkan bau busuk tu aku masukkan dalam peti ais..lega boleh telan. Susu memang sadis masa Trimester pertama tak boleh nak telan sangat yang boleh susu kambing..layankan jela sebab aim aku tak nak anak sakit.Mujur Vitamin C boleh telan Alhamdulillah..masuk Trimester kedua aku start makan habbatussawda' minyak zaitun and jus delima,berterusan aku makan walaupun ada on off..yang penting anak sihat Rasa sangat berterima kasih sangat pada suami, dia la yang cek stok supplement dan makanan sunnah yang lain, kalau aku malas aku tak ingat dia la yang yang ingatkan.Alhamdulillah aku yang masa tu mengajar, boleh mengajar anak-anak dengan baik,boleh turun naik tangga lima tingkat dan turun naik bas pergi balik dari mengajar.....Ada lagi sebenarnya amalan-amalan, ikhtiar dan usaha aku dan suami ..tak terlarat nak menulisnya..nnti aku sambung lagi kisah ni pada entri akan datang..insyaallah tunggu...tunggu sampai final cerita ni..ada cabaran -cabaran lain sepanjang usaha untuk elak fatihah dari kuning..aku nk share benda ni...mudah-mudahan jadi pahala
Izzahsafwan ZainHussin
" kemulian dan keizzahan "
Tiada ulasan:
Catat Ulasan