Sabtu, 11 Oktober 2014

yakin ke anda sihat??????




Tak berapa yakin aku...seram pun ada lagi lagi bila tengak gambar bawah ni, hhuhuhu senang nye nak kena DIABETES ni..


Dah la tak berapa rajin nak pergi cek darah..ntah macam manala kandungan darah aku ni..berapa tinggi la paras gula dalam darah aku ni..bila aku baca pula dekat link bawah ni
http://www.myhealth.gov.my/index.php/paras-gula-darah-remaja
lagi la aku seram sebabnya "Ramai penghidap Diabetes berasa sihat dan hanya menyedari mereka mengidap penyakit Diabetes apabila mereka menjalani ujian paras gula dalam darah "

Jadi aku rasa keputusan aku untuk DIET, ambil supplement SHAKLEE adalah keputusan yang tepat, bukan la aku cakap SHAKLEE yang boleh sembuhkan penyakit, aku nak bagitau ni adalah ikhtiar aku.
Start dari 2 tahun lepas aku mula guna supplement SHAKLEE dan dah 6 bulan aku sarapan dan makan malam dengan minum ESP..asal niat aku dan suami untuk MILK BOOTER je, tapi bila tahu ESP ni sangat bagus dengan index Glisemik dia serendah 39, takde kolesterol, tak de lemak ,kenyang lebih lama dan sangat sesuai untuk penghidap DIABETES aku jadi lagi nak makan dan nak jaga.
Selama ni rupanya aku makan makanan yang tinggi index glisemik yang boleh mengundang pelbagai penyakit.
Walaupun aku bukan penghidap Diabetes, tapi aku nak berjaga-jaga..dan aku ambil SET ON DIET dengan amalkan OMEGA dan ESP..


Fungsi OMEGA ni untuk membantu pembakaran lemak secara semulajadi, mengawal selera makan, menghalang pembentukan lemak dalam badan dan meningkatkan metabolisme. Dan aku dah amalkan dekat setahun alhamdulillah berat badan aku normal dan BMI sangat bagus yela tinggi aku 148cm berat badan 40-42kg sangat ok. Seterusnya aku kawal makanan dengan minum ESP , bila aku minum ESP aku kurangla makan nasi yang index glisemik dia dekat 77 ni memang untuk diet aku dan kawal makan. Untuk Herb-Lax aku makan untuk buang toksin dalam badan,mudah detoks,kempiskan perut dan masaalah sembelit, banyak lagi kebaikan Herb-Lax ni nanti aku cerita tulisan akan datang. 

Diet dan aku nak terus diet sebab aku nak sihat dan aku ikhtiar nak sihat, lagipun aku tak tau masa depan aku nanti macam mana kalau sepanjang hidup sihat dan menyusahkan orang dan anak -anak alhamdulillah, kena kalau aku sakit dan susahkan orang tak ke aku sedih. Sekarang ni isu duit no dua yang penting tak mau jadi VISITOR kekal hospital. Untuk pengetahuan mak aku plak disahkan Kencing manis, nak meleleh air mata aku dengar, aku tau je hal ni aku rasa menyesal sangat sebab aku terabai sekejap mak aku, jadi aku belikan ZINC COMPLEX tuk mak aku..yanag lain-lain aku beli slow-slow maybe bulan ni aku nak push dapatkan belen dalam set ni.



Berita gembira yang aku dapat gula dalam badan mak aku dah turun sejak dia makan ZINC COMPLEX, kadar insulin pun dah bertambah baik. Alhamdulillah lega aku dengar dan aku pujuk-pujuk mak aku minggu lepas dia mau nak makan GLA dan B Complex ..bukan senang nak pujuk ibu kita, dia dah doktrin kepala dia rawat dengan cara tradisional, tapi aku pelan -pelan pujuk dan pelan -pelan kumpul duit nak dapatkan semua tu..Insyaallah bulan ni bakal tercapai impian aku, tinggal nak pujuk dia makan ESP dan VIVIX je..aku kena buat slow-slow sat g dia tak mau langsung lagi jenuh. Abah aku pun sekarang aku tengah nak masuk jarum, korang tau betapa risaunya aku bila dia terlalu rajin percaya pada ubat kedai yang kadang-kadang aku tak tau ada pengesahan KKM atau tak. Tapi 3 hari lepas aku kol dia nampak dah lembut insyaallah aku nak pujuk dia makan OMEGA pulak.



Saja aku share gambar ni, aku berharap tulisan aku ni dapat beri kesedaran pada korang betapa pentingnya kawal makan dan berdiet,bukan semata nak cantik sahaja..cantik tu bonus pada aku tapi sakit tu bukan bonus ok... Sekiranya korang berminat boleh wasap  dan mesej aku di facebook ..semoga tulisan aku kali ni memberi kebaikan pada semua :

korang add aku di facebook juga
https://www.facebook.com/nurul.hani.923?fref=photo. 
Faizah& Safwan 013 327 2458  #shakleeLover # tu tagline aku tau hihihi 



#izzahzain Safwanhussin#

Jumaat, 10 Oktober 2014

tolong-tolong AKU mahu DIET..AKU mahu SIHAT


Seawal aku kenal dengan minumam ESP Shaklee aku tidak terdedah langsung dengan  banyaknya kelebihan si tong putih biru ni . Yang aku tahu Esp si tng biru ni hanya berperanan sebagai milk booster sahaja. Naif dan dungu aku ni tak reti nak bertanya dan ambul tahu..sampailah saat ketikanya aku pregnant dan bersalin secara caeser. Emm masa tu la baru terbongkar siapa sebenarnya ESP ni..apa peranan dia dan apa khasiat dia.


ESP MENGEKALKAN TENAGA DAN KENYANG YANG LEBIH LAMA
yea betul aku rasa lebih bertenaga, dan rasa lebih kenyang..pagi dalam pukul 8 aku minum ESP pukul 12 masih terasa kenyang. Berpantang di kampung nasi la yang kena makan, tapi dengan ESP pengambilan nasi aku boleh kurangkan..sekaligus menjadikan program diet aku berjalan dengan baik, Yela bersalin bedah ni, tak macam normal, perut masih besar tgk dekat cermin boleh nangisss..rasa rendah diri pun ada..sebab mmg aim aku lepas bersalin dah balik berat badan 43kg..secara jujurnya aku hanya makan sekali ke dua kali sahaja nasi masa berpantang  dengan kadar yang sedikit. Alhamdulillah susu untuk baby aku tak risau sentiasa ada malah lebih banyak.


ESP MEMBEKALKAN PROTEIN:

Masa berpantang yang panjang, menyebabkan badan kita banyak kehilangan zat dan kandungan vitamin yang ada dalam badan kita sedikit demi sedikit terhakis diambil oleh baby kita. Sedangkan orang berpantang memerlukan 2.000- 2.500 kalori setiap hari untuk tenaga badan dan proses penyususan berjalan dengan baik. Bayangkan sepanjang 2 bulan lebih berpantang berapa banyak kita tak boleh makan, bukan saja tak mau makan tapi takut angin, bentan, sakit kepala dan kembung pada anak. Sebab tu la aku ni gagah gak beli ESP tak kisah la berapa harga dia..dengan aku minum ESP aku boleh berpantang macam biasa sebab badan aku dah cover dengan ESP giler banyak protein dia ..bayangkan 1 canister =850gram = 30kg kacang soya.
ESP MENYEMBUH LUKA DAN PARUT:
Ok yang ni aku setuju, luka bedah aku yang amat payah nak di jaga Alhamdulillah takde kena jangkitan, bersih, kering dan ini memudahkan kerja aku, Aku minum ESP dan aku telan ZINC COMPLEX ESP alhamdulillah...takde gatal -gatal. nak jadi cerita masa berpantang abah mertua aku tak dapat nak carikan ikan haruan..jadi aku tawakkal je degn ESP dan ZINC COMPLEX  dan Vitamin C amazingly luka bedah aku lebih cepat kering dan sembuh..jadi lega dan seronok aku..Alhamdulillah

ESP TIADA KOLESTROL, RENDAH LEMAK DAN BAIK KULIT.

Yang ni aku memang langsung tak tau..aku jadi tau bila aku perasaan badan aku rasa lebih ringan, tgk kat cermin eh macam dah kurus sikit..yelaaaa  orang perempuan mana yang suka gemuk..perut mengeleber..muka pucat lesi..nurse yang datang cek aku cakap..eh awak makan apa ye..muka awak nampak segor la, nampak macam dah sebulan lebih..padahal baru dalam 2 minggu je masa dia tegur..aku duk terpikir amende yang aku makan eaa..aku gugel punya gugel..whoaaaa memang best la ESP ni..aku dapat 3 extra benefit ..rupanya ESP ni memang boleh buat kurus..mana tak kurus dah tak de kolesterol..lemak pun takde..pun suami aku perasaan muka aku licin lepas sebulan lebih makan ESP...haaaa meriah kan kulit aku memang terasa moist..jeragat dah takde...nape la aku tak tau dari awal benda ni 

Jadi aku sangat cadangkan ESP pada yang ada masalah kulit, jeragat n jerawat..dari dok tonyoh krim yang tak tau dia punya side effect apakan..jadi baik baiki masaalah kulit, jeragat dan jerawat dari dalam

ESP RENDAH GLISEMIK

Tau dak yang selama ni kita tak pernah nak amek tau pun makanan kita ni rendah ke tinggi glisemik..tau dak betapa pentingnya amek tau pasal pemakanan kita, berapa kandungan index glisemik..serius yang ni kena tahu..kalau tak tahu ..risiko nak kena kencing manis memang besar..ESP ni rendah glisemik..index dia dalam 39 je. Sesuai untuk orang yang kencing manis, nak jaga kolesterol, yang tengah diet . Nak tau tak kita perlu memilih makanan berkarbohidrat dengan nilai glisemik index rendah dan sederhana dalam pemakanan seharian dan perlu mengurangkan makanan mempunyai nilai glisemik index yang  tinggi.

kat bawah ni aku bagi contoh makanan yang tinggi dan rendah glisemik..

1. Roti dan Bijirin
• Roti Putih - 78
• Nasi Putih - 77
• Kentang Lenyek - 82
• Beras Perang - 55
• Pasta - 60
• Mi - 80
• Tepung Gandum - 75
• Oat - 80
• Bijirin Jagung - 54

2. Sayur-sayuran
• Lobak merah - 50
• Asparagus - 15
• Brokoliv15
• Kacang Buncis - 30


3. Buah-buahan
• Epal - 39
• Oren - 42
• Pisang - 40
• Kismis - 64

4. Minuman/makanan ringan
• Minuman bergas - 70
• Teh tarik - 72
• Gula pasir - 70
• Madu - 87
• Jus Oren - 80
• Kacang pea - 10
• Kentang goreng - 58

hahha  cane berani nak telan makanan tinggi glisemik...Last untuk hari ni..ESP tengah promosi bulan ni aku punya la teruja bila SHAKLEE buat promotion ESP ni...ada rezeki lebih bulan ni , aku dan suami nak tambah STOK ESP, ni dah masuk 3 tong aku dan suami minum ESP...macam-macam kitorang buat..ESP blended la..ESP suam la..ESP smoothie la..yang penting rasanya sangat sedap, kenyang dan sihat...MEH la ORDER ..serius ESP sangat best..bulan ni promo BUY 6 FREE 1..jom jom cepat kita beli...


#izzahzain safwanhussin#



"Bagaimana Baiknya Dia pada Saya ..Biarlah Allah dan saya yang tahu "



" SAYA CUMA KERJA DI KEDAI PHOTOSTAT " itu ayat dia semasa baca Emel dari dia, Saya cuma ada sebiji Motor itupun pemberian Abah katanya.." belajar pun tak habis, tapi sekarang dah sambung di OUM ..gaji saya banyak ni je...berputar macam gasing saya di buatnya membaca list-list kelemahan yang dibuatnya.

Sangat pelik pada saya, banyak saya jumpa orang lelaki tapi jarang dia mengaku akan kelemahan dan kekurangan dia, memang agak berani mati dia punya emel. List emel dari dia saya perhatikan berulang kali..last ayat dari dia.."KALAU SETUJU KITA TERUSKAN DAN MASUK STEP MINTA PERSETUJUAN KELUARGA ,TAK SETUJU STOP SAMPAI SINI. Tegas sangat bunyinya. Tapi akhirnya saya nekad terima dia sebagai suami saya tolak habis kelemahan tu semua dan saya doa semoga lepas kahwin benda ni akan jadi kekuatan buat saya. Memang keputusan saya menerima dia agak mengejutkan dia " BETUL KE AWAK NAK DENGAN TUKANG PHOTOSTAT NI " saya balas sepatah je YE.

Semasa saya mula-mula kenal dia, perasaan saya membatu, keliru tetapi hati saya kuat untuk menerima dia sebagai suami. Ramai juga yang perleceh keputusan saya, ramai juga yang mempersoalkan tak de kereta ni macam susah je lepas kahwin, emm ko la faizah yang kena cakap dengan dia suruh cari kereta, semua kata-kata tu saya telan macam tu je, saya telan macam makan roti gardenia tengah lapar.

Usia saya pada usia perkenalan dengan dia sudah menginjak ke 31 tahun, memang seksa tempoh berkenalan dengan dia nak bincang pasal kahwin pun pakai msg dan emel je, telefon jauh sekali. Saya pada waktu itu baru selesai saja Diploma Pentadbiran Kehakiman Islam ( DAIJ ) di UIAM. Perancangan saya untuk Chambering saya batalkan memandangkan hanya tinggal 2 bulan sahaja lagi saya akn menamatkan zaman bujang. 

Pada hari pernikahan saya berjurai airmata takutnya saya untuk hidup dengan orang yang saya tak pernah kenal secara detail..STRESS juga..
Tapi itu hanyalah permainan Syaitan untuk mengagalkan pernikahan saya dan suami saya. Selepas selesai pernikahan perasaan saya lega seleganya.

Dari situ saya belajar erti syukur tak terhingga,selepas 3 hari nikah ada sesuatu terjadi pada kami, kalau di kenang semula menangis saya ..kenapa kerana disitulah bermulanya pelajaran pertama saya dengan keyword SABAR dan saya kira TAMRIN saya dengan dia. Apa yang berlaku memang sangat menguji saya dan saya bersyukur saya dapat hadapi dengan baik.

Ceritanya selepas 3 hari kami nikah, saya bercadang nak ajak suami saya ke Pekan Sabak, saya nak keluarkan duit masa dan pergi ziarah abang saya, dalam perjalanan kami ke pekan sabak  moto yang kami naiki putus rantai, cuak muka suami saya, serba salah pucat lesi semua ada tapi tetap tenang, nak tau saya kena tolak motor dengan suami saya sejauh 3km dengan inai penuh di jari.



Penuh tangan suami saya dengan minyak rantai ,mujur ada towel good morning boleh juga di lap. Tahan -tahan kenderaan semua tak berhenti, nak patah balik jauh, nak terus pun jauh. kami berada di tengah-tengah antara Simpang 4 dengan Pekan Sabak, nak telefon abang serba salah, nak telefon abah takut dia kelam kabut, sudahnya saya nekad,saya cakap dekat suami" dalam 3km kat depan ada bengkel motor, kita tolak nak moto ni saya kata, suami saya jawab " takpa tp awak takpe ke dah la inai kat tangan tu merah lagi katanya hihihi, tolak jela saya kata ,fuh memang letih mujur la saya pakai sandal biasa kalau kasut bertumit memang pengsan di buatnya.

Basah baju suami saya tolak motor, saya pula cuba tahan kenderaan, kesian sangat dah saya tengok suami saya, nak jadi cerita kami selamat sampai ke bengkel, terketar -ketar tangan suami saya,rupanya memang hari ujian buat saya dan suami, nyonya tua tu cakap " aiyaaa sulah tutup maaaa " terdiam saya, tapi masih belagak tenang, haus tak terkata, muka saya basah berpeluh, mujur saya jenis tak bergincu tak bermekap bagai jadi nampak saya masih nampak comel walaupun berpeluh.

Nyonya tua datang dekat saya  " apa losak ?" rantai putus saya jawab, aiya lu dali mana..?tanyanya lagi..tu dari jln Hj Ishak..aiyak !! manyak jauh maa, kesian looo..nanti saya panggil saya punya budak kasi tolong, " auntie bengkel paling dekat mana? saya tanya.Nyonya tu jawab " Sabak la " hah! takpela 10km lagi pengsan la jawabnya. Aduh macam mana ni ..jauh ke suami saya tanya, jauh saya jawab pengsan bangun balik pengsan semula klu nak jalan sambil tolak moto saya kata hihihi..sian suami saya serba salah betul muka dia. Tak pala awak rehatla saya kata, saya duduk atas kerusi yang nyonya bagi sementara suami saya duduk dekat tepi dekat bawah pokok.

Suami saya memang nampak letih terduduk dia dekat bawah pokok , tak lama datang sorang uncle India, dia bagi kami sebotol air, cepat saya ambil air tu sambail cakap tq uncle,saya bagi pada suami saya, nah, awak minum dulu, kami berkongsi minum ..Allah leganya.

Saya duduk di sebelah dia fikir jalan penyelesaian sambil istighfar, suami saya pula cuba tgk motor, huh mcmmana ni saya tak tau baiki motor, klu bagi mesin photostat saya taula.tergelak saya. Takpe-takpe insyaallah ada jalan saya ckp, betul tak lama lepas tu datang uncle india tu dia tanya " adik mau pegi mana? adik baru kawin ke ? bertubi-tubi soalan dari uncle tu,saya jawab saya nak pegi pekan sabak mau beli barang, betulla baru kawin la uncle baru tiga hari..tergelak uncle india tu.

Last sekali dia tawarkan nk tarik moto, dia ckp takpe adik pakai moto saya, adik naik dengan abang..saya naik moto adik ..nnti sekejap saya cari tali. Masa ikat tali kat moto tak habis -habis suami saya ckp 'sy mintak maaf ye " aduhh sebak plak 

Allah memang Allah hantar uncle ni nak tlg kami, nyonya plak datang bawak minyak dan kertas, kasi cuci itu tangan, saya cuci tangan ,masa cuci tangan suami saya cakap lagi sekali ,maaf ye saya tak tau nak buat apa, kesian awak baru kawin dah jumpa benda mcm ni, patutnya saya bawak awak pegi honeymoon ni kena tolak motor pulak, serius klu suami saya tak ckp benda tu saya tak sebak, bila dia cakap mcm tu,jadi  sebak betul saya di buatnya, bukan sebak sebab dia tak bawak honeymoon tapi sebak sebab saya nampak muka dia yang sangat jujur, dan sangat blur masa tu, ala ni honeymoon la ni saya ketawa . 

Masa tu memang saya terasa sangat Allah maqbulkan doa saya, Allah pilih dia untuk saya, dan tak sia-sia saya menunggu begitu lama akhirnya bertemu jodoh dengan dia. Hari ketiga selepas saya nikah saya kenal peribadi dia, memang dia sangat sabar, sangat tenang dan sangat lurus orangnya,(patutlah mak saya sound saya ,jgn nak membuli safwan ye..huwhuwhuwa ) aduh mak saya pun satu tak percaya kat saya, saya mmg kuat membuli tapi bukan la suami saya hihihi

Hari tu 29/05/2014 kekal segar dalam ingatan saya, saya akan ceritakan pada anak saya nanti pengalaman yang paling ceria dalam hidup saya. Memang saya rasa nak nangis sebab saya berjaya mengharungi ujian tersebut dan hari tu saya kenal diri saya ooooo sabar jugak saya ni ye.

Tak kisahla tolak moto pun tolak moto la. Dan masa tu saya tahu Allah bagi saya sekeping hati yang kebal. dah nak dekat dua tahun saya kahwin dengan suami saya, dan dia tetap begitu dengan sikap rendah diri dia. Semoga Allah sentiasa jaga suami saya. " Bagaimana baiknya dia terhadap saya, biarlah Allah dan saya sahaja yang tahu "


Khamis, 9 Oktober 2014

Lelaki sifatnya memburu wanita sifatnya mengoda


" abang tak setuju dan abang memang syadid bab aurat ni ,ada sesiapa yang tak setuju dengan abang,klu tak setuju tak pe tapi demi nak jaga ANAK ISTERI ABANG ,ADIK-ADIK PEREMPUAN ABANG MAK ABANG DARI API NERAKA abang bertegas dalam soal ni " pedas betul kata-kata abang sulungku.

Di depan hidangan lemang dan rendang aku sempat lagi menjeling kakak ipar ku meminta simpati..dalam hati alamak dah kena basuh pulak petang ni..aku tengok k.long diam sambil menyuap nasi dangang, mak diam aku je muke tak puas hati.aku cube menyatakan pada abang , baju yang adik pakai tu tak la terlalu terang kalau di pakai dengan inner coklat gelap, dan berkain dalam, tp nampaknya petang tu betul-betul fullstop ,abang memang tak setuju.

Kemudian abang menyambung " ni dengar ni abang nak cakap,walau apa pun baju kurung tu tetap nipis dan kalau lalu di bawah bayangan matahari memang namapak bentuk tubuh badan,dan abang pelik kenapa k.lang termasuk dengan k.long nak jugak pakai baju tu,dah berkali-kali abang cakap tapi tak faham-faham jugak,ko budak fiqh tak kan tak tau " adoi berdesing telinga aku.


Dan lagi aku menjawab ye k.lang tau, ada jugak syaitan ego dalam hati, aku namapak isyarat mata k.long suruh aku senyap,abang kemudiannya menyambung " ni abang nak cerita ye dengan korang..dengar ni lelalki ni sifat dia memburu perempuan ni sifatnya mengggoda,tak kira la siapa dia ustaz ke,alim ulamak ke,cikgu ke walau sape pun dia dia tetap lelaki yang sifatnya memburu.

Kat sekolah abang tu cikgu-cikgu perempuan kebanyakan nya suke pakai baju nipis-nipis ni lepas tu dalamnya pakai inner yang membentuk tubuh badan,sempurna ke tubuh aurat macam tu,nampak semua bentuk badan,ni abang nya dah kawin pun kadang-kadang lemah iman,jadi bagaimana dengan lelaki yang kat luar tu yang belum kawin cube fikir, itu belum lagi dengan bau minyak wangi yang di pakai, bau macam tumpah sebotol.

Benda-benda tu semuanya menarik mata lelaki ni untuk melihat kepada perempuan yang bukan ajnabi, orang lelaki ni bile nampak je orang perempuan seksi yang pakai baju nipis-nipis bila dia pandang dia akan mula pandang, mula-mula dia cakap eh seksinya perempuan tu atau eh nipis nye baju perempuan tu,lepas tu lelaki akan fikir apa disebalik baju tu,apa yang dia pakai oooo inner , ha! itu la lelaki jadi abang tak nak isteri abang anak-anak abang adik-adik kena macam tu, jangan ajar adik pakai baju yang macam tu,ajar la dia pakai jubah ke pakai tudung labuh ke kan elok kan selamat.

Syaitan ni memamng sentiasa nak cucuk manusia,mula-mula dia akan cakap ala tak pe baju tu boleh pakai inner tak nampak la bentuk tubuh badan,lepas tu syaitan tu pun hasut lagi pakai la bawak jalan-jalan suami tak marah punya,lama-lama ha dapat la dia tarik kita,yang si isteri pulak akan pujuk si suami ikut la cakap isteri tu ,isteri pulak terus menerus pujik suami,em lama-lama tertarik la si suami dalam api neraka sebab membenarkan si isteri dan anak-anak berpakaian macam tu.." panas betul abang petang tu bila berbicara isu aurat dan aku terus terkulat antara MUHASABAH DAN EGO  yang menguasai diri.

Kemudian abang terus menyambung kalau tak percaya cuba tengok Kisah Nabi Adam Alaihisalam dan isternya Hawa,tgk mcm mana hawa isteri nabi adam pujuk nabi adam ..abang makan la sikit bang buah khuldi ni,ala sikit je..ha lama-lama terkeluar nabi adam dari syurga, itu nabi ni kita yang imannya bertambah dan berkurang...sudah-sudah la pakai baju macam tu bayak lagi baju yang lebih elok di pakai,tu semua hasutan syaitan nak sesat kan manusia,nak suruh orang perempuan ni bertabarruj lebih-lebih ' aku tersenyap seakan terpukul di situ dan aku dapat mengurangkan rasa ego dengan menambah rasa muhasabah dan ingin berubah.

Mungkin cara abang petang tu agak keras dan sangat syadid..untuk jiwa aku yang agak sentimental ni memang akan terasa sangat dengan kata abang..dalam masa yang sama aku rasa ersyukur abang aku dah mengingatkan aku tentang pentingnye untuk menjaga aurat..lebih buat aku rasa bersalah status aku selaku pemegang diploma syariah dan sarjana muda fiqh dan fatwa.

Hampir-hampir jugak airmata duyung turun rasa sedih mengenang lemahnya diri..dan dalam masa yang sama bersyukur sebab di kurniakan seorang abang yang mengambil berat kebajikan adik-adiknya.

KREDIT BUAT ABANG SULUNG KU..TARBIYAH RAMADHAN JAUH MERESAP DALAM HATINYA..KTEDIT BUAT ABAH DAN EMAK KERANA BERTEGAS DENGAN KEPUTUSAN MENYEKOLAH KAN ABANG KE SEKOLAH AGAMA..KREDIT BUAT MANTAN-MANTAN NAQIB ABANGKU..KERANA KEBERHASILAN TARBIYAH

KREDIT BUAT AKU JUGA SBB MAMPU MENGATASAI RASA EGO DAN BERLAPANG DADA MENERIMA TEGURAN ABANG..MUNGKIN SELAMANYA AKU AKAN INGAT SESI CERAMAH FREE DARI ABANG...YANG TERAKHIR UNTUNG KAKAK IPARKU DAPAT SEORANG SUAMI YANG TAAT KEPADA ALLAH DAN MELAKSANAKAN TGGUJWAB SEORANG YANG MUSLEH DAN MUKMIN....


Doaku semoga Allah menetapkan hati ku ..jadikan la aku hamba yang menrut perintah mu serta menjauhi larangan mu...semoga Allah memilih kami  sekeluarga untuk melahirakan generasi  Sultan Muhammad Al-Fateh ..amin...



IzzahZain SafwanHussin
CATATAN LAMA AKU
4 Tahun aku Simpan
12 September 2010
5.43ptg

Rabu, 8 Oktober 2014

Mummy kena makan B-COMPLEX tau


Anda kena tahu kenapa bila mummy yang pregnant kena makan B-Complex with folic acid 

ok mummy yang pregnant ni mcm mana hebat sekalipun dia akn rasa
1. Letih
2.Emosi pulak kadang turun naik yela  dalam BADAN ORANG ADA ORANG..rasa semcam je kan tpi tu kehebatan ALLAH (silap haribulan murung )
3.kena pula yang mabuk-mabuk, muntah ranah..makan tak lalu..semacam je tgk bumi...



Jadi nampak tak kenapa perlunya B COMPLEX..nmpk kan..ok :-) 
SEBAB tu kena makan B COMPLEX...

B-Complex fungsinya untuk 

a ) Memberi dan mengembalikan tenaga kita..tenaga kita ni bukannya asyik FULL je..tenaga kita ni kena CHARGE ..Ultraman pun ada lampu lip lap.
Jadi mummy -mummy yang pregnant ni sangat la perlukan tenaga..yela nak bawak diri lagi, bawa baby lagi, kerja lagi..sebab tu bila pergi check-up doktor akan bekalkan B-complex..ha nampak tak rasionalnya..tak kaji tak tahu kan..
B-COMPLEX akan tukar makanan,lemak,karbohidrat dan protein kepada tenaga..jadi kurangla masaalah kita KELETIHAN dan KELESUAN ..

b) melawan tekanan...STRESS dengan macam -macam hal..jangan main-main STRESS sangat bahaya tau boleh GUGUR ..
- sememangnya tak boleh lari dari tekanan persekitaran dan INSOMANIA tapi kena tahu macammana nak kawal..macammana nak elak..orang pregnant SAKIT KEPALA tu perkara biasa..MURUNG tu kalau boleh mintak jauhla ..jadi B-Complex sangat membantu untuk pastikan fungsi SARAF kita sihat ..


c)Membantu tumbesaran- baik untuk perkembangan tulang belakang baby ,mengelakkan kecacatan ..mengurangkan risiko kecacatan otak dan tulang belakang baby


d)Mencegah sakit kepala, pening ,lemah semangat anemia, muntah-muntah,mabuk darat dan mabuk laut dan membantu pembentukan sel darah merah yang sihat.


e) Baik untuk mata,mencegah KATARAK, more fokus, tingkatkan daya pemerhatian dan kualiti penglihatan...haaa orang pregnant ni macam -macam dah bercampur hormon ni, badan pulak ada janin ..macam -macam hal yang tak di duga jadi..macam -macam penyakit boleh datang time pregnant tau..


d) ha yang paling penting B-COMPELX WITH FOLIC ACID SHAKLEE MEREDAKAN ALAHAN..
haaaa..teruk kan orang pregnant ni...sebab tula kita kena hargai sangat isteri dan ibu kita..tu belum pecah -pecah mulut lagi..dengan ulser ..bibir pecah -pecah dan merekah..


Sebab tula saya tak teragak -agak syorkan anda makan B COMPLEX yang ada dalam SET HAMIL SHAKLEE ni..saya rasa, saya makan saya bagi TESTIMONI terus pada pembaca..apalalah sangat kalau kita beli SET HAMIL SHAKLEE ni berbanding dengan teruknya tanggungan ISTERI kita mengandungkan Baby..ibu-ibu muda yang pregnant jagala AMANAH ALLAH..JAGA DIRI ANDA BERMAKNA ANDA MENJAGA AMANAH YG ALLAH KURNIAKAN PADA KITA..KITA DAH DI REZEKIKAN PREGNANT ALHAMDULILLAH..jadi hargai NIKMAT ALLAH ni..

paling -paling pun dapatkan B-COMPLEX makan harga pun setakat RM 53 sahaja..kalau nak yang set pun boleh..saya sangat gembira jika anda ambil berat tentang kesihatan anda semasa mengandung ...



IZZAHSAFWAN ZAINHUSSIN









Sekepul Nasi Panas..Sesenduk lauk daging...

Tungtangtungtang kat dapur..sibuk aku membasuh pinggan..menjenguk daging di kuali..lampu oven sekejap terang sekejap gelap..Oven pemberian pelajarku  aku gunakan untuk membakar kek ..Alhamdulillah rezeki lepa.
Bau harum kek benar-benar mengoda anak tekak..jadi ke tak ni...terintai -intai aku menjenguk kek..naik dah cantik dah..merekah plak sikit ..

Abang kejap lagi ye..tengah masak daging..ok jawab suamiku..lega aku bila dia ada..dia la yang melayan fatihah yang semakin lincah..petang ni untuk makan malam aku tak de idea nak masak apa sebenarnya..nak suruh suami ke kedai kesian pulak..takpela guna apa yang ada..emm carrot ada sebatang, terung, belacan ..cili padi.ooo ada udang kering..emm ok adjust sikit resipi petang ni..dari daging kunyit biasa aku nak buat yang luar biasa hihihi..

Biasa orang buat daging kunyit biasa je kan..ok kali ni aku buat ada sambal sikit..baru terangakat makan..daging yang aku rebus..mendidih di kuali aku biarkan..bia lama sikit..empuk takla sakit gigi makan...
siap aku potong carot dan terung..aku potong mancis je..nampak seni sikit ..kemudian aku ambil cili padi aku buang tangkai..bawang ,halia yang siap di kupas aku ambil masukkan terus dlm blender sekali udang kering,cili padi 6 biji..belacan...sreeeeeeeeettttttttttttttttttttttttt...sreeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeet aku belender halus..kuali yang dah panas..tunggu masa je..nah aku campakkan bahan yang aku kisar..sambil-sambil selawat..haaaacummmm...haaacummm..hamboiii gabungan belacan dgn udang kering plus cili padi memang boleh tercabut hidung..

Daging yang dah direbus aku masukkan dlm kuali..tumis sekali...ada dalam sepuluh minit aku tumis..bagi sebati semua..ok habis sepuluh minit..aku masukkan carrot, terung dan cili ...wahhh meriahnya,,ni kalau aku letak serai..daun limau lagi terangkat..ada je idea tambahn hihihi..kacau-kacau sikit..ok tak mau lama-lama sayang zat sayur hilang..hahaha..opps..lupa garam semua benda tu jgn lupa letak tau
haaaa..nila hasilnya...daging goreng kunyit belacan..hihi suka hati je kan..kalau korang tanya sedap ke tak..suami aku cakap sedappp..habis sepinggan..dia tambah lagi..aku plak senyum meleret..asalkan AIR TANGAN UMMI..kata suamiku..ada yang nak try ke..takpe aku share je kat sini resipi..pandai - pandai la adjust ye

RESIPI DAGING KUNYIT BELACAN:

Bahan A

6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
segenggam udang kering
seketul kecil belacan yang dibakar...(ambik la dlm besar ibu jari )
Cili padi ( ikutla nak pedas atau tak )

Bahan B

Semangkuk Daging yang di rebus
Bahan C
Carrot ( ni pun ikutla nak banyak mana )
Terung ( ni pun ikutla nak banyak mana )

Bahan A tu blend je semua..dah blend tumis sampai naik minyak dia baru masukkan daging..tumis kalau daging tak empuk korang buh la air sikit tuis lama sikit bagi daging empuk..dah naik bau semua tu daging dah empuk masukkan bahan c..carrot n terung...lagi bes kalau ada bunga kantan,daun limau ...hiris halus -halus..wangi sangat..ok dah siap..boleh dah makan...cubala..jgn malu malu hihi..garam semua tu jgn lupa letak...


                                                                                          

                                                                                                 " izzahsafwan zainhussin "




OMEGA!!!Owwwh 200% aku jatuh cinta



Entah kenapa aku betul-betul jatuh cinta dengan OMEGA GUARD SHAKLEE ni, aku dulu masa belajar memang tau pun Minyak ikan ni elok untuk perkembangan otak, menajamkan ingatan menambah fokus dalam belajar, tapi masa belajar duit yang ada memang ngam ngam jela. Cemburu juga dalam hati tengok kawan baik Marhamah selalu makan Minyak Ikan entah jenama apa masa tu tak ingat..tapi memang nampak dia selalu makan. Berkenalan dengan B Complex je seawal mula dengan SHAKLEE, itu kerana aku mencari alterbatif lain selain painkiller bila migrain menyerang.

Dek kerana itula aku kenal dgn OMEGA secara tak sengaja melalui buku panduan nutrisi SHAKLEE yang aku curi - curi baca dari meja Sha hihihi sory sha,dah sapa suruh hang tayang sangat buku tu atas meja. " sha Shaklee ada jual minyak ikan eaaa...aah ada jwab sha dengan muka kering dia tula, aku nak la sha..dah lama ku carik..hihihi nak bagi aku ni fokus sikit hahaha aku ketawa..bukan pe penatla asyik kena psnggil dengan bos ni hahaha aku bantai gelak besar depan sha. Memang sungguh yang aku tahu fungsi MINYAK IKAN hanya untuk fokus sahaja tak lebih dari tu...tapi yang sebenarmya memang sangat bbanyak kelebihan dia


Untuk kanak-kanak je pun dah banyak..cuba tgk gambar bawah ni..apa yang korang faham BRILIANT and SMART dah tentulah kaitan dengan perkembangan otak kanak-kanak

  • Jangan marah dulu kalau anak tak boleh fokus dalam kelas, ibu -ayah tolong cek ada masaalah apa, masa aku jadi cikgu dulu banyak benola kes ibu-ayah salahkan anak dan salahkan cikgu,sedangakan anak tu perlukan bantuan tak kisah bantuan dari sudut bimbingan atau pemakanan sihat.


OK kat bawah ni antara kelebihan dan khasiat OMEGA GUARD untuk KANAK-KANAK

  • Membantu tumbesaran & perkembangan otak janin 
  • Meningkatkan fokus dalam belajar dan tahap perkembangan memori.
" KAJIAN MENUNJUKKAN BAHAWA KANAK-KANAK YANG KEKURANGAN DHA (OMEGA) DALAM PEMAKANAN MEREKA MEMPUNYAI MASAALAH TUMBESARAN OTAK,MANAKALA YANG MENDAPAT LEBIH PULA KURANG MENGALAMI MASALAH HIPERAKTIF (ADHD)"

Yang atas tu bukan aku yang cakap korang boleh rujuk Dr.Norman..tgk link kat bawak ni
http://doknorm.blogspot.com/2012/08/apa-itu-omega-3-apa-faedahnya-kepada.html

Kenapa OMEGA GUARD ni sangat bagus untuk kanak-kanak,ha yang sebenarnya OMEGA GUARD ni mengandungi DHA dan EPA,sebab tu kalau korang perasan syarikat pengeluar susu sekarang beriya-riya mempromosikan susu depa yang ada label DHA dan EPA ni, dan OMEGA GUARD ni sangat membantu dalam perkembangan minda dan otak kanak-kanak.Dan kalau nak tahu Susu ibu sangat kaya dengan DHA   (OMEGA ni la )lupa plak nak bagitau..ikan dan susu ibu adalah sumber utama DHA ( OMEGA ) sebab tu budak yang minum susu ibu full memamng nampak cerdik..jadi susukan la anak sampai cukup umur dia ye. 



Ha! nampak tak kenapa aku jatuh cinta sangat dengan OMEGA ni, nampak tak rasionalnya ISLAM menyuruh kita susukan anak sampai cukup umur dia..ISLAM tu agama nasihat,awal-awal lagi dia dah nasihatkan kita..hikmah susukan anak tula..dia dapat sumber OMEGA direct dari ibu.DAn sebab itulah orang perempuan Yahudi beriya -riya makan minyak ikan yang sangat kaya dengan OMEGA ni..diorang dah prepare awal untuk minda dan perkembangan anak depa sejak dari dalam kandungan lagi. 

Sejujurnya aku bila dapat tahu je hal ni, masa pregnant masuk je TRIMESTER ke-2 dan Ke-3 aku makan OMEGA GUARD SHAKLEE ni, ikhtiar kan.Selebihnya kita serah dekat Allah..

Banyak lagi yang aku dapat faedah dari makan OMEGA ni..dan aku sangat selesa dan suka serta puas hati dengan kelebihan OMEGA GUARD SHAKLEE ni..start dari BELUM KAHWIN,PREGNANT SAMPAI LA SEKARANG..


Last but not least..dari rujukan aku pada buku NUTRISI SHAKLEE dan blog Dr.Norman..supplement OMEGA sangat baik untuk kesihatan..pada yang berdepan dengan masaalah :
1.Athma
2.Ekzema
3.kolesterol tinggi
4.Obesiti
5.Darah Tinggi
6.Jantung, saluran jantung tersumbat

Adalah sangat di galakkan ambil OMEGA GUARD ni..aku yang ambil OMEGA GUARD ni nak berterusan ambil sebagai langkah berjaga-jaga dan pencegahan ..sebab tu la aku jatuh cinta sangat dengan OMEGA GUARD SHAKLEE ni..yang penting kesihatan kena jaga ..selebihnya serah pada Allah kan...